fbpx

Pemandu Myvi tertekan pedal, rempuh kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian dekat Kota Bharu selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi pagi tadi. /FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Kecuaian seorang wanita yang tertekan pedal minyak menyebabkan kereta yang dipandu merempuh pintu sebuah kedai serbaneka 24 jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi itu menyebabkan pintu utama pecah dan kaunter bayaran premis itu rosak.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati seorang wanita berusia 33 tahun meletakkan kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Menurutnya, pemandunya yang juga peniaga dipercayai tertekan pedal minyak sehingga kenderaan itu merempuh pintu utama dan kaunter bayaran premis tersebut.

“Semasa kejadian berlaku, dua pekerja sedang bertugas dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi semasa mengendalikan keretanya sehingga merempuh kedai serbaneka itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI