fbpx

Dewan Rakyat lulus RUU Antigangguan Seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang dirangka sejak 10 tahun lalu diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Dewan Rakyat meluluskan RUU AGS 2021 yang penggubalannya bermula pada tahun 2011 selepas lebih suara Ahli Parlimen bersetuju.

RUU AGS 2021 itu diluluskan dengan pindaan selepas lebih 20 pembahas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sejak semalam.

Kelulusan RUU itu mengiktiraf gangguan seksual sebagai pencabulan maruah manusia, satu bentuk diskriminasi dan keganasan berasaskan jantina.

Ia turut mengadakan peruntukan hak tebus rugi bagi mana-mana individu yang diganggu secara seksual melalui penubuhan Tribunal AGS.

Tribunal juga boleh memerintah responden membayar pampasan atau ganti rugi maksimum RM250,000 bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh pengadu.

“Penyediaan persekitaran yang selamat pasti akan membantu meningkatkan pengupayaan rakyat terutama kaum wanita dalam ekonomi, sosial dan politik.

“RUU AGS 2021 ini adalah terpakai kepada mana-mana pihak dan tetap memberi pelindungan kepada sesiapa yang diganggu secara seksual tanpa mendiskriminasikan sesiapa.

“Perkara ini merujuk kepda Fasal 7 AGS yang menyatakan Tribunal AGS mempunyai kuasa mendengar apa-apa aduan gangguan seksual,” kata Rina semasa menggulung RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI