fbpx

Dewan Rakyat kecoh Tajuddin kata Ahli Parlimen wanita DAP bermulut jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menggelar segelintir Ahli Parlimen wanita DAP bermulut jahat.

Beliau berkata demikian semasa mencelah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual oleh Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Tajuddin berkata demikian bagi membidas dakwaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) semalam bahawa beliau sering membuat kenyataan berbaur seksis.

“Jangan senang-senang tuduh kita tidak hormat wanita. Kita banyak membantu wanita. Tolong ajar sikit. Hanya perangai wanita DAP tidak senonoh.

“Bukan semua tetapi sebahagian daripada kamu. Mulut jahat, kaki cucuk, kaki hasut, kaki cabar Speaker,” kata Tajuddin.

Berikutan itu beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit memohon Ahli Parlimen Pasir Salak menarik balik kenyataan dan memohon maaf.

RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd. Rashid Hasnon mengambil tindakan terhadap Tajuddin kerana dianggap menghina wanita.

Semalam, Nie Ching menamakan beberapa Ahli Parlimen didakwa sering mengeluarkan kenyataan berbaur seksis di Dewan Rakyat termasuk Tajuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI