fbpx

Bas rempuh lori di Mesir, 25 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan keadaan bas yang terlibat dalam nahas di selatan Kaherah, semalam. – AFP

KAHERAH, MESIR – Sekurang-kurangnya 25 penumpang terbunuh, manakala lebih 35 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki merempuh sebuah lori dalam kemalangan ngeri di Mesir semalam,  lapor media tempatan.

Bas  membawa kira-kira 45 penumpang itu merempuh sebuah lori mengangkut alat tulis dekat Kampung al-Barsha, kira-kira 300 kilometer ke selatan ibu negara Mesir, Kaherah.

Pemandu lori memberhentikan kenderaan  di tepi jalan untuk menukar tayar yang pancit apabila dirempuh dari belakang oleh bas terbabit. Pihak berkuasa berkata, bas berkenaan dalam perjalanan dari Sohag menuju ke Kaherah.

Lebih 20 ambulans dikerahkan ke lokasi nahas bagi membawa mangsa-mangsa ke hospital.

Susulan  nahas itu, Kementerian Solidariti Sosial Mesir berkata, pihaknya akan menawarkan bantuan  kecemasan sebanyak AS$530 (RM2,359) kepada  waris mangsa yang terkorban, kata media tempatan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Mesir akibat keadaan jalan yang rosak dan tidak dibaiki serta peraturan lalu lintas sering diabaikan.

Kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di negara itu pada 2020, demikian menurut statistik rasmi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI