fbpx

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA tadi menerusi penerbangan Saudia Airlines.

SEPANG- Seramai 298 jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.15 pagi tadi menerusi penerbangan Saudi Airlines yang berlepas dari Jeddah kira-kira pukul 7.10 malam (waktu Arab Saudi) semalam.

Ketibaan kumpulan pertama itu disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Ketibaan kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada 49 penerbangan yang disediakan Tabung Haji (TH) menerusi Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji untuk pulang ke tanah air bermula 17 Julai hingga 13 Ogos 2022.

Penerbangan terakhir jemaah haji dibuat menerusi pesawat Malaysia Airlines MH8351 yang dijadualkan berlepas dari Madinah pada 12 Ogos 2022, pukul 11.10 malam (waktu Arab Saudi).

Majlis sambutan itu adalah yang pertama kalinya diadakan selepas dua tahun susulan penangguhan penghantaran jemaah Malaysia ke Tanah Suci Mekah berikutan penularan virus Covid-19 yang mengakibatkan pintu sempadan Arab Saudi ditutup.

Tambah menarik, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) turut membenarkan jemaah haji yang hendak pulang ke negara masing-masing untuk membawa air zamzam menaiki penerbangan.

Pengurusan lapangan terbang itu seperti yang dilaporkan akhbar Saudi Gazette pada 10 Julai lalu berkata, setiap jemaah bagaimanapun hanya dibenarkan untuk membeli botol air zamzam 5 liter di mana-mana ruang jualan dalam bangunan KAIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI