fbpx

Camila Cabello mahu kehidupan seperti Ed Sheeran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILA CABELLO terinspirasi dengan kehidupan Ed Sheeran yang tenang.

PENYANYI cantik Camila Cabello mendakwa mahu menjadi seperti Ed Sheeran kerana tertarik dengan kehidupannya yang tenang dan menggembirakan.

Kata bekas kekasih kepada Shawn Mendes itu, walaupun Sheeran digelar sebagai antara penyanyi terkenal dunia, dia masih lagi mampu menjalani kehidupan biasa sama seperti masyarakat normal yang lain.

“Sheeran bersungguh-sungguh sebagai penyanyi dan berjaya menjadi antara penghibur popular. Namun, pada masa sama, dia berjaya menjadi seorang suami dan juga ayah yang baik kepada dua orang cahaya mata.

“Kehidupannya tidak jauh berbeza dengan lelaki normal yang lain,” kata Cabello ketika ditemu bual oleh Cosmopolitan UK.

Cabello yang kini tampil dengan sebuah single duet bersama Sheeran berjudul Bam Bam juga melihat penyanyi berusia 31 tahun itu pandai menjaga keluarganya dengan baik.

Hal ini kerana, dia dilihat kerap meluangkan masa bersama isteri dan juga anak-anaknya tanpa diketahui orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI