fbpx

Tindakan pantas LUAS elak pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 12 beg serbuk karbon teraktif diletakkan sebagai langkah pencegahan awal. - FOTO: IHSAN LUAS

PETALING JAYA – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil langkah pencegahan awal berhubung insiden kebakaran yang berlaku di kawasan industri Bukit Beruntung, Rawang bagi memastikan sumber air sentiasa terpelihara.

LUAS dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kebakaran di kawasan tersebut kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Siasatan LUAS mendapati, aliran air kebakaran telah memasuki ‘Mansoon Drain’ dan mengesan bau abnormal di alur longkang. LUAS mengambil inisiatif pencegahan dengan meletakkan 12 beg serbuk karbon teraktif sebagai nyah bau.

“Anggaran jarak lokasi insiden tersebut ke muka sauk Rantau Panjang adalah 17.76 kilometer dengan tempoh perjalanan 12 jam untuk pencemaran sampai ke muka sauk tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi di Sungai Sembah juga Sungai Selangor dilaksanakan oleh LUAS.

“Sehingga pukul 7 pagi hari ini, bacaan bau di Loji Rawatan Air (LRA) adalah sifar dan tiada potensi gangguan kepada operasi LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3.

“LUAS akan meneruskan pemantauan dan rondaan di kawasan kebakaran sehingga operasi di tapak selesai sepenuhnya oleh agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan sumber air Selangor sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI