fbpx

Sedia gegar Piala Kelab Dunia eFIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman (dari kiri), Mohd. Shahar, Lian Ker dan Aqmal bergambar dalam satu majlis sebelum berlepas ke Copenhagen malam tadi untuk saingan Piala Kelab Dunia eFIFA 2022.

PENGURUS GBX Esports Team, Aris Daniel percaya tidak mustahil buat dua pemainnya, Muhammad Luqman Haziq Hajiman dan Ahmad Akmal Abdul Rafil mengharumkan nama Malaysia pada Piala Kelab Dunia eFIFA di Copenhagen, Denmark dari 20 hingga 23 Julai ini.

GBX Esports diletakkan dalam Kumpulan D yang dilabel sebagai ‘kumpulan maut’ kerana bertemu Team Gullit (Belanda), Fnatic (Great Britain), NEO ­(Switzerland), DUX Ame­rica (Amerika Syarikat) dan Dire Wolves ­(Australia).

Begitupun, ia langsung tidak menghadirkan gerun buat dua pemain negara yang turut memiliki kekuatan tersendiri kerana mampu berdiri sebaris nama-­nama hebat permainan video FIFA di peringkat dunia.

“Kami diundi dengan pasukan-pasukan hebat dalam Kumpulan D yang semuanya berpe­ngalaman dan berpotensi untuk menjuarai kejohanan ini.

“Namun, kita juga layak seperti­ 23 pasukan lain ke Piala Kelab Dunia (eFIFA) dan sekarang kita berada di pentas yang sama dengan mereka.

“Kalau 1v1 lebih realistik ke­pada pemain dari Eropah. Namun, ceritanya adalah 2v2, ia buka peluang kepada mana-mana pasukan untuk menang dan tak mustahil menjuarai kejohanan,” katanya.

KEDUDUKAN ranking dunia GBX Esports Team dalam saingan Kumpulan D Piala Kelab Dunia eFIFA. – GBX ESPORTS TEAM

Sementara itu, Asri mengakui, sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta peruntukan dana RM30,000 daripada Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Indera­ Mohd. Shahar Abdullah menjadi pemangkin semangat buat mereka.

Mohd. Shahar mengumumkan tajaan itu pada sesi libat urus pengurusan kewangan profesional e-Sukan yang turut ­dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker di Hotel Zenith Putrajaya baru-baru ini.

“Peruntukan ini sebenarnya mengejutkan kami, namun ia sedikit sebanyak menaikkan semangat untuk dua pemain kita berikan aksi terbaik di Copenhagen nanti.

“Bukan perjalanan mudah nak berjaya ke tahap ini. Kami simpan sendiri pahit manis selama ini dengan harapan dapat membanggakan rakyat Malaysia dalam saingan FIFA,” jelas Asri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI