fbpx

Angka Covid-19 lonjak lebih 5,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak apabila merekodkan sebanyak 5,230 kes semalam termasuk 11 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,576,164 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,927 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,536,946 kes.

Katanya, sebanyak 41,208 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 2,295 pertambahan kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,877 diikuti Kuala Lumpur (1,584), Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140) dan Johor (107).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (102), Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23), Labuan (12) dan Perlis (8),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 844.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,601 setakat ini.

Sebanyak 39, 703 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,411 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI