fbpx

Koleksi barangan berkaitan Michael Jackson dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara memorabilia milik Michael Jackson yang dilelong. - Rota/Michael Jackson Costume

WASHINGTON – Koleksi memorabilia milik mendiang penyanyi pop lagenda, Michael Jackson dilelong pada harga dianggarkan £2.5 juta (RM13.1 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kesemua 32,000 barangan berkaitan penyanyi bergelar Raja Pop tersebut dijual secara ber­asingan dalam satu acara lelong­an online semalam. Koleksi itu dimiliki oleh pemilik yang identitinya tidak didedahkan.

Sebanyak 10 sarung tangan kiri dan kanan Billie Jean yang pernah dipakai oleh Michael  serta bernilai sehingga  £185,000 (RM974,722) adalah antara item yang mendahului lelongan itu.

Selain itu, kostum lengkap Billie Jean bernilai £325,000 (RM1.7 juta) serta sehelai baju yang dipakai dalam video muzik Scream terbitan tahun 1995 yang mence­cah nilai £67,000 (RM352,999) turut dilelong.

Koleksi tersebut pada asalnya bertujuan untuk diberikan kepada sebuah muzium di Los Angeles, namun rancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

Kini, ia dilelong menerusi laman web firma lelongan House of Consultants.

“Ini merupakan peluang yang jarang ditemui untuk anda memiliki khazanah budaya milik penyanyi paling berpengaruh di abad ini,” kata pemilik koleksi tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI