fbpx

Arab Saudi rampas bagasi jemaah haji Indonesia kerana cuba seludup air zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50 beg pakaian jemaah haji Indonesia ditahan oleh pegawai kastam kerana mengandungi botol berisi air zamzam. - islamatics

JAKARTA – Pegawai lapangan terbang Arab Saudi menggeledah berpuluh-puluh beg pakaian jemaah haji Indonesia kerana disyaki menyimpan air zamzam yang cuba diseludup keluar dari kota suci Mekah, lapor laman DetikNews.

Cubaan menyeludup air zamzam itu terbongkar selepas bagasi mereka melalui pemeriksaan X-ray sebelum diserahkan kepada jemaah.

“Hasil pemeriksaan X-ray ke atas 393 beg pakaian jemaah haji Kloter 1 Padang, 50 beg pakaian didapati mengandungi air zamzam,” kata Ketua Bahagian Perkhidmatan Ketibaan dan Pemulangan (Yanpul) Kawasan Kerja Lapangan Terbang Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH), Edayati Dasril.

Difahamkan, beg-beg pakaian itu milik jemaah haji kumpulan pertama yang sepatutnya tiba di Indonesia hari ini.

Air zamzam yang terdapat dalam setiap beg pakaian diisi dengan sukatan berbeza-beza daripada botol kecil sehingga botol dua liter.

Peraturan keselamatan dan keselamatan penerbangan Arab Saudi (GACA) telah mengeluarkan arahan bahawa jemaah dilarang membawa pulang air zamzam dengan memasukkannya ke dalam bagasi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa PPIH, Arsad Hidayat meminta jemaah haji supaya memberi perhatian kepada barang-barang mereka dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Barang-barang jemaah wajib ditimbang, ditapis terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang terlarang termasuk air zamzam,” tegas Arsad. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI