fbpx

Visa Furada bukan bidang kuasa MOTAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy.

SHAH ALAM – Isu berkaitan visa furada bukan terletak dibawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebaliknya MOTAC hanya menguruskan berkenaan pelancongan dan umrah ke tanah suci Mekah.

“Dalam hal (visa furada), tiada mengena dengan kita (MOTAC) mahu pun kerajaan kita.

“Ia adalah dengan kedutaan Arab Saudi. Mereka beri visa furada dan ia luar daripada tanggungan kita,” katanya pada pemberita selepas pelancaran Mardiyyah Hotel and Suites, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui isu penipuan visa furada berlaku setiap tahun namun tidak boleh mengambil tindakan terhadap agensi pelancongan yang terkait tanpa apa-apa bukti.

Sebelum ini, lebih 380 bakal jemaah haji yang menggunakan visa furada terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Ekoran itu, lima individu terdiri dua lelaki dan tiga wanita itu berusia 30 hingga 50 tahun ditangkap dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu sebelum direman untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI