fbpx

Pelancongan muslim bantu peningkatan jumlah pelancong negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika menandatangani plak pelancaran Mardhiyyah Hotel and Suites, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kehadiran jumlah pelancong ke negara ini dijangka melebihi berbanding sasaran awal sebelum ini iaitu 4.5 juta individu ekoran didorong dengan faktor percutian mesra muslim.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Malaysia menjadi tumpuan pelancong kerana tidak mempunyai masalah dari segi makanan halal, kemudahan hotel dan sebagainya.

Katanya, kebanyakan pelancong hanya meminta membantu mereka dalam aspek perhubungan terutama kekerapan penerbangan dan penerbangan secara terus

“Kita menggalakan terutama sekali pelancong dari Arab Saudi, India, Brunei dan Indonesia. Insya-Allah ini akan menyumbang kepada jumlah yang tinggi bagi pelancong yang akan hadir ke Malaysia.

“Setakat ini, terdapat 54 hotel muslim di negara ini. Pada September ini kita akan review ( semak) balik, mungkin akan lebih dari angka 4.5 juta (sasaran pelancong awal),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Mardhiyyah Hotel and Suites di sini, hari ini.

Beliau menambah, pertumbuhan pelancongan muslim juga berkembang sekiranya China membuka polisi pelancongan mereka kerana negara itu mempunyai penduduk Islam yang begitu tinggi dan gemar datang ke negara ini.

Ketika ditanya mengenai tenaga kerja untuk industri pelancongan susulan Indonesia membekukan tenaga kerjanya, Nancy memberitahu, pihaknya turut memohon dari negara lain namun yang menentukan adalah Kementerian Sumber Manusia.

“Tugas Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) bukan menentukan dari negara mana sebab kita hanya membantu pengiat industri kita terutama sekali hotel untuk mendapatkan pekerja dari negara luar.

“Pada masa sama, kita tidak pernah berputus asa mencuba warga tempatan untuk memohon pekerjaan di hotel dan tempat lain,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI