fbpx

Lagi maut kemalangan babit treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta Perodua Myvi yang dihempap sebuah treler yang membawa muatan besi di simpang empat berhampiran lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Sekurang-kurangnya seorang individu disahkan meninggal dunia selepas sebuah treler yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap sebuah kereta di simpang empat berhampiran lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu dipercayai turut mencederakan lebih 10 pengguna jalan raya lain.

Kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk tindakan lanjut.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati, bilah besi bergelimpangan di atas jalan raya dengan sebahagiannya menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan penunggang motosikal.

Selain itu, nahas tersebut melibatkan enam daripada seramai 23 ahli kelab basikal Ortho Hospital Universiti Malaysia (HUSM) dan Kelab Basikal Continator Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI