fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di empat negeri sehingga pukul 10 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Sabah.

“Antara kawasan yang terjejas di negeri Kedah ialah di Kuala Muda manakala di Perak di Kerian.

“Sementara itu, bagi negeri Sabah melibatkan kawasan di Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI