fbpx

PSG ‘lelong’ pemain demi Mbappe, Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) dan Messi merupakan antara pemain yang menerima gaji tertinggi di PSG ketika ini. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain terpaksa ‘mengor­bankan’ 11 pemainnya bagi mengurangkan perbelanjaan untuk menampung komitmen gaji tinggi yang terpaksa dibayar kepada Kylian Mbappe dan Lionel Messi.

Mbappe yang menyambung kontrak sehingga 2025 kini ­merupakan penerima gaji terbesar dengan £42.5 juta (RM223.9 juta) setahun dan tambahan ­bonus £153 juta (RM806 juta) selain dia turut memegang hak imej ­secara 100 peratus.

Ketika ini, pengurus baharu PSG, Christophe Galtier dilaporkan telah sedia maklum me­ngenai situasi itu dan 11 pemain berkenaan sudah pun berada di pasaran untuk dilepaskan dalam ­jendela perpindahan musim ­panas kali ini.

Antara yang dilaporkan sudah diberikan ‘lampu hijau’ ­untuk melangkah keluar daripada Parc des Princes ialah Neymar selepas bintang dari Brazil itu se­ring bergelut dengan masalah kecederaan yang dialami sepanjang musim lalu.

Menguatkan lagi desas desus apabila Neymar juga menerima ejekan daripada penyokong sendiri ketika tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara Eropah musim lalu selepas tewas kepada Real Madrid.

Bagaimanapun, Galtier pada sidang media pertamanya mahu terus bekerjasama dengan ­Neymar dan merasakan ia sebagai satu penghargaan dapat ­bekerjasama dengannya.

“Jurulatih mana yang tidak mahu memiliki pemain seperti Neymar dalam pasukan. Saya ada sesuatu yang boleh diharap­kan daripada Neymar dan saya berharap dia akan kekal bersama kami,” kata­nya.

Selain Neymar, nama besar yang mungkin terpaksa mencari pasukan baharu ialah Georginio Wijnaldum, Layvin Kur­zawa, Abdou Diallo, Julian Drax­ler dan Mauro Icardi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI