fbpx

Belum ambil wang sumbangan, Zamani selesai buat ujian kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamani.

PETALING JAYA – Penyanyi Zamani masih belum mengambil wang sumbangan peminat yang disalurkan menerusi dana bantuan oleh Datuk Aznil Nawawi untuk membiayai kos pembedahan tulang belakangnya.

Menurut pengurusnya, Aalan Ahmad ketika dihubungi Kosmo!, penyanyi itu masih belum mengambil wang berjumlah lebih daripada RM100,000 itu kerana mahu membuka sebuah akaun bank berasingan untuk menyimpan wang hasil sumbangan tersebut.

“Betul. Zamani belum ambil lagi wang sumbangan itu kerana mahu membuka sebuah akaun bank lain dan tidak mahu mencampurkan dengan wang sedia ada miliknya,” kata Aalan.

Bercakap lebih lanjut, Aalan berkata Zamani sudah pun melakukan ujian kesihatan termasuk membuat ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) dan ujian sinar-X sebagai persediaan sebelum prosedur pembedahan dibuat.

“Buat masa sekarang Zamani sudah pun melakukan beberapa ujian kesihatan dan juga darah. Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

“Cuma sekarang kami sedang berbincang dengan doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab kami ada dia pilihan untuk lakukan pembedana sama ada di HKL atau Hsopital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Tambah Aalan lagi, Zamani masih lagi dalam pertimbangan dan penilaian untuk melakukan pembedahan sama ada di hospital kerajaan atau swasta, bergantung pada kos dan juga masa.

“Jika buat di hospital kerajaan kena tunggu giliran. Tapi kosnya tidaklah terlalu mahal. Kalau buat di hospital swasta pula, kosnya mungkin agak tinggi. Semuanya masih lagi dalam perbincangan.

“Pembedahan tulang belakang ini dikira sebagai pembedahan major. Banyak ujian yang perlu dibuat untuk tahu sama ada Zamani sesuai atau tidak untuk lakukan pembedahan. Tapi setakat ini hasil ujian yang dibuat positif untuk buat pembedahan tersebut,” katanya.

Bercakap tentang risiko semasa dan selepas pembedahan, Aalan tidak menafikan terdapat risiko yang perlu diambil kira terutama daripada segi faktor umur.

“Tentang risiko, memang ada sebab Zamani pun sudah berusia 51 tahun. Cuma tidaklah terlalu besar. Apa sahaja yang kita lakukan pasti ada risikonya.

“Cuma sebagai manusia, kita perlu usaha dan tawakal untuk engubati penyakit. Lagi pun keadaannya semakin teruk sekarang dan Zamani perlu bergantung dengan ubat tahan sakit,” jelasnya.

Menyentuh sedikit perihal kerjaya penyanyi berusia 51 tahun itu, Aalan berkata buat masa ini Zamani masih lagi bekerja seperti biasa, namun dalam keadaan berpada-pada.

“Jadual Zamani penuh sampai awal Disember. Deposit pun dah ambil jadi dia kena teruskan juga bekerja. Tapi untuk persembahan pentas berskala kecil sahaja.

“persembahan pula kami ambil di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Paling jauh di Melaka. Alhamdulillah stamina Zamani ketika menyanyi masih lagi baik. Setakat menyanyi lima hingga enam buah lagu dia tidak ada masalah,” katanya.

Pada masa sama, Aalan mewakili Zamani memohon doa daripada peminat untuk mendoakan agar dirinya selamat daripada pembedahan dan sembuh seperti sediakala.

“Tolong doakan Zamani sihat dan sembuh selepas pembedahan nanti. Doakan juga agar Zamani boleh terus menyanyi untuk menghiburkan peminat-peminatnya,” kata Aalan.

Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim mengakui masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis yang dihidapinya sejak dua tahun lalu semakin serius.

Pelantun lagu Gerimis Me¬ngundang itu berkata, perubahan fizikalnya yang bongkok semakin ketara dan tidak dapat disembunyikan lagi, namun setakat ini masih mampu membuat persembahan tanpa sebarang masalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI