fbpx

DBKL maklum perubahan laluan kontra di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perubahan laluan kontra di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanjangkan jajaran laluan kontra dan melaksanakan perubahan lokasi susur keluar laluan kontra di Jalan Maharaja Lela dari Sekolah Menengah Tsun Jin ke Stesen Maharajalela.

Menurut kenyataan DBKL, tempoh percubaan tersebut bermula esok sehingga 27 Julai iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga pukul 9 pagi.

“Objektif perubahan ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut dan pelaksanaannya berdasarkan hasil kajian terperinci.

“Selain itu, ia dijangka akan meningkatkan kadar keselesaan pengguna jalan raya,” ujarnya hari ini.

Dalam pada itu, semua pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda lalu lintas dan sentiasa menjaga keselamatan sewaktu memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kerjasama daripada semua pengguna jalan raya amatlah dihargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI