fbpx

19 maut dalam insiden tembakan rambang di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden tembakan kerap berlaku di Afrika Selatan yang merekodkan antara kadar pembunuhan tertinggi di dunia. - AFP

SOWETO – Seramai 19 orang terbunuh selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung dua buah bar di Afrika Selatan dalam insiden berasingan yang dikecam oleh Presiden Cyril Ramaphosa sebagai ‘tidak boleh diterima serta membimbangkan’.

Di Soweto, 15 orang termasuk dua wanita maut ketika mereka keluar berseronok apabila beberapa penyerang muncul daripada sebuah bas mini dan me­nembak senjata api berkaliber tinggi ke arah pengunjung.

Di bandar Pietermaritzburg, wilayah KwaZulu-Natal, timur Afrika Selatan, empat orang di sebuah bar  terbunuh dan lapan yang lain cedera apabila dua lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung.

Insiden tembakan kerap berlaku di Afrika Selatan yang merekodkan antara kadar pembunuhan tertinggi di dunia.

Namun, modus operandi serupa dalam serangan hujung ming­gu lalu itu mengelirukan polis.

“Sebagai sebuah negara, kita tidak boleh membenarkan penjenayah kejam mengganas dengan cara sebegini,” kata Ramaphosa dalam satu kenyataan.

Di Soweto, polis tiba di lokasi kejadian sejurus selepas tengah malam kelmarin.

“Mereka menemui 12 mayat  dengan kesan luka akibat tembakan,” kata pegawai kanan polis tempatan, Nonhlanhla Kubheka. 

Seramai 11 orang dibawa ke hospital dengan tiga mangsa meninggal dunia akibat kecede­raan tidak lama kemudian.

Mereka yang mati berusia antara 19 hingga 35 tahun, kata ketua polis tempatan, Elias Mawela. 

“Menurut sebilangan saksi, mereka ditembak secara rambang,” kata  Mawela.

Menurutnya, katrij dua raifal tempur termasuk AK-47 ditemui di tempat kejadian,  memba­yangkan bahawa penembak le­bih daripada seorang.

Di Pietermaritzburg, empat orang berusia antara 30 hingga 45 tahun maut dan lapan yang lain cedera Sabtu lepas, kata jurucakap polis, Nqobile Gwala.

“Dua lelaki masuk ke sebuah bar dan melepaskan tembakan rambang sebelum melarikan diri, dua mangsa mati di tempat kejadian  dan dua yang lain di hospital,” kata Gwala. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI