fbpx

Nenek selamba padam lilin kek hari jadi guna jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita warga emas memadamkan lilin pada kek hari jadinya menggunakan jari. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan telatah seorang wanita warga emas yang memadamkan lilin pada kek hari jadinya menggunakan jari, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @nakasur.

Rakaman memaparkan sambutan hari lahir seorang wanita warga emas yang dihadiri rakan-rakan yang kelihatan sebaya dengannya.

Majlis hari jadi itu kelihatan meriah dengan hiasan latar belakang bertulis ‘Nenek’ dan angka 85 menunjukkan usia wanita itu.

Tetamu yang hadir kemudian menyanyikan lagu hari lahir supaya wanita itu meniup lilin pada kek hari jadinya.

Bagaimanapun, mereka keliru apabila wanita itu bukan meniup tetapi menggunakan jarinya untuk memadamkan lilin. Dia dilihat mencubit sumbu lilin itu sebelum reaksi wajahnya juga kelihatan keliru.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bukan sembarangan nenek,” kata seorang netizen.

“Padam lilin dengan gaya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI