fbpx

Cake harap kuota minyak masak peket di Kedah ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusrizal memantau bekalan dan harga barang di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berharap agar kuota bekalan minyak masak peket ditambah di negeri ini berikutan kekurangan bekalan tersebut.

Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, negeri ini mempunyai ramai penduduk yang miskin dan berpendapatan rendah selepas Kelantan.

“Sebagai contoh di Langkawi, kuota sebulan minyak masak peket ini hanya bertahan 10 hari sahaja, selepas itu bekalan sudah tiada.

“Kita minta kuota minyak masak peket ini ditambah di kampung-kampung yang kini pun dicatu pembelian cuma dua peket sahaja setiap pengguna sahaja,” katanya.

Beliau sebelum itu mengadakan pemantauan harga dan bekalan barang di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.

Mohamad Yusrizal turut menyarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan pemantauan di premis perniagaan yang disyaki menggunakan minyak peket bersubsidi ini bagi menjamin bekalannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI