fbpx

Polis siasat dakwaan anggota polis ambil duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM

KULIM – Polis akan memanggil semua pihak terlibat bagi menyiasat dakwaan anggota polis mengambil sejumlah wang daripada dompet yang diserahkan di Balai Polis Kulim Hi-Tech di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya mengesan dakwaan tersebut yang tular di media sosial, di sini hari ini.

“Pengadu mendakwa duit di dalam beg telah dijumpai oleh lelaki lain sebelum diserahkan kepada Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini sebelum didapati hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Redzuan, hasil semakan mendapati sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu tersebut.

“Polis telah menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan dan semua pihak terlibat akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Polis juga menasihatkan saksi kejadian supaya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut bagi membantu siasatan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI