fbpx

Skuad B-19 buru kemenangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-19 negara bakal berdepan ujian sebenar menentang Vietnam di peringkat separuh akhir di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia hari ini. – FAM

KETUA jurulatih skuad bawah 19 (B-19) kebangsaan, Hassan Sazali Waras enggan memikirkan peluang pasukan ke peringkat separuh akhir selepas memulakan kempen Piala AFF B-19 dengan langkah kanan susulan kemenangan 2-1 ke atas Kemboja kelmarin.

Pada aksi di Stadium Madya, Jakarta itu, skuad remaja Harimau Malaya tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata hasil ledakan Najmudin Akmal Kamal Akmal dan Haiqal Haqeemi Hairi manakala Kemboja meraih gol saguhati hasil sumbangan Chanvibol Davit.

Kata Hassan, tumpuan utama yang harus diberikan oleh barisan pemain kali ini adalah untuk mengekalkan momentum dengan meraih keputusan positif pada pertemuan kedua menentang Singapura di venue yang sama hari ini.

“Secara jujur, saya masih belum memikirkan sejauh itu (peluang untuk layak ke peringkat separuh akhir). Apa yang saya tekankan kepada barisan pemain adalah untuk fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Sudah tentu kami gembira apabila sasaran untuk mengutip tiga mata berharga pada aksi pertama kesampaian dengan pemain menunjukkan kesefahaman yang jitu khususnya pada babak pertama.

“Harus diakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki kerana kita telah dibolosi. Namun, ini adalah aksi pertama dan saya percaya pada saingan seterusnya mereka akan tampil lebih bertenaga,” kata Hassan selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Hassan yang juga pengendali skuad Projek FAM-MSN mengakui mungkin bakal ada rombakan dalam kesebelasan utama selepas beberapa pemain seperti Najmuddin dilihat mengalami kecederaan.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad B-19 negara menjuarai kejohanan Piala AFF B-19 adalah pada edisi 2018 ketika menewaskan Myanmar dengan keputusan 4-3 di pentas final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI