fbpx

RM60 juta baikpulih fasiliti sukan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TI LIAN KER (dua dari kanan) menyerahkan surat kelulusan peruntukan pembaikan stadium hoki di Wisma Belia di sini kepada Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kira-kira RM60 juta diperuntukan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membaikpulih, menyelenggara dan membina semula fasiliti sukan di negeri ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 digunakan untuk membaikpulih stadium hoki di Wisma Belia Indera Mahkota di sini.

Katanya, peruntukan membaikpulih stadium hoki berkenaan merupakan peruntukan dari permohonan terdahulu yang telah mendapat kelulusan pada dua bulan lalu.

“Pihak kerajaan negeri juga telah membuat permohonan sebanyak RM4.48 juta bagi menaiktaraf stadium hoki yang dicadang akan digunakan untuk menjalankan pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Permohonan terbabit telah dimasukkan ke dalam Rolling Plan (Rancangan Boleh Pinda) di mana antara penyelenggaran yang akan dilakukan melibatkan penaikan taraf sistem elektrik, membaikpulih bumbung, mengecat, membaikpulih lampu limpah, membaikpulih papan markah, tempat duduk penonton, padang dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan di sini hari ini.

Menurutnya daripada jumlah tersebut juga sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk membaikpulih Stadium Darul Makmur, RM15 juta untuk membaikpulih Kompleks Rakan Muda Rompin, Kompleks Rakan Muda Maran (RM2 juta), Kompleks Sukan Pekan sebanyak (RM3 juta) dan Kompleks Sukan Komuniti Pelangai sebanyak (RM4 juta).

Sementara itu beliau berkata, kerajaan juga memberi kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membina semula Kompleks Belia Sukan Kuantan yang dijangka akan siap pada 15 Ogos tahun hadapan.

“Kompleks berkenaan akan menjadi sebuah kompleks canggih dilengkapi fasiliti-fasiliti seperti asrama, padang bola, padang futsal, gimnasium, sukan lasak, bilik mesyuarat dan lain-lain lagi,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI