fbpx

Rakyat Malaysia diingatkan agar berwaspada menjelang Aidiladha – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada dengan ancaman virus Covid-19 selain terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) lebih-lebih lagi apabila Hari Raya Aidiladha semakin menjelang tiba.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Hari Raya Aidilfitri lalu menyaksikan bilangan kes harian melonjak kepada 3,410 kes yang antara lainnya berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.

“Jadi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga dan pakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup serta sesak.

“Orang ramai juga disarankan untuk mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS) selain melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter hari ini.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin semalam memaklumkan bahawa lebih 110 negara telah merekodkan peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang merebak dengan pantas.

Ujar beliau, selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia juga sedang mengalami peningkatan kes Covid-19.

“Jangan ambil ringan situasi ini. Ramai disekeliling kita yang tidak dijangkiti Covid-19 sepanjang dua tahun lepas kini telah dijangkiti.

“Pakai pelitup muka di tempat tertutup atau sesak, amalkan TRIIS serta dapatkan suntikan dos penggalak jika belum dan dos penggalak kedua bagi warga emas juga golongan berisiko tinggi,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI