fbpx

Bukan sahaja diikat, wanita nyaris dirogol suspek positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua wanita berdepan tragedi ngeri apabila salah seorang daripada mereka nyaris dirogol seorang lelaki yang memecah masuk kediaman mereka di kawasan Setapak, dekat sini semalam. 

Mangsa turut diacukan senjata tajam manakala kaki, tangan serta mulut turut diikat sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek yang berumur 27 tahun itu berjaya diberkas berhampiran tempat kejadian selepas polis menerima laporan daripada dua mangsa pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. 

“Siasatan awal mendapati suspek memasuki rumah mangsa ketika kesemua mangsa sedang tidur. 

“Suspek dikatakan telah mengacukan senjata tajam ke arah mangsa sambil mendesak mereka menyerahkan barangan berharga. Tangan, kaki dan mulut kesemua mangsa turut diikat. 

“Mangsa mendakwa suspek mencabul dan cuba merogol salah seorang daripada mereka, namun cubaan rogol itu tidak berjaya,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, suspek telah melarikan diri bersama barangan berharga milik kesemua mangsa melalui tingkap tandas. 

Katanya, kesemua mangsa telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Jelas Ashari, hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan THC. 

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397,354,376/511 dan 377CA Kanun Keseksaan. 

“Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI