fbpx

‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu ceramah umum baru-baru ini

PETALING JAYA – Seorang penceramah parti politik mendakwa malaikat boleh datang membantu mengundi parti mereka jika diizinkan Allah.

Menerusi satu klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini, penceramah yang difahamkan dari Kelantan itu berkata, malaikat boleh berupa menjadi pengundi dan boleh membantu parti terbabit.

“Malaikat boleh beratur dan berdiri serta berupa menjadi manusia untuk membantu mengundi parti kita.

“Dulu pada 1990 kita menang 39-0 seperti ada persefahaman antara malaikat, jika diizinkan Allah perkara itu boleh berlaku, ” jelasnya menerusi satu ceramah umum beberapa tahun lalu.

Difahamkan video tersebut kembali tular di beberapa media sosial terutamanya Facebook dan Tik Tok ketika ini.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut menganggap ucapan tersebut tidak perlu diucapkan dan salah faham boleh berlaku.

“Macamana parti lain nak menang, dia pakai malaikat rupanya. Tolong lah jangan guna agama bahaya jika orang salah faham,” jelas Mistake Indentiti.

“Dah keluar dah fatwa puak dia, ini lah yang bahaya ni. Jangan la sampai mengarut sampai ke situ.

“Ingatlah jangan guna agama untuk raih undi, kefahaman macam ni kena siasat, bahaya ni, ” ujar Cikgu Mung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI