fbpx

Lembu korban bersaiz ‘gergasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seekor lembu besar ditambat di kawasan sebuah rumah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seekor lembu bersaiz lebih besar berbanding yang sering dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @awreceh.id.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua ekor lembu yang ditambat secara bersebelahan sedang meragut rumput di kawasan sebuah rumah. 

Seekor lembu berwarna coklat kelihatan amat besar dan tinggi sehingga hampir menyamai ketinggian sebuah rumah satu tingkat berhampiran dengannya.

Bukan itu sahaja, ia kelihatan lebih besar berbanding seekor lembu putih di sebelahnya sehingga tidak dapat dimasukkan ke dalam kandang.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ahli jawatankuasa korban mesti gementar,” kata seorang netizen.

“Jika anda ditendang, ‘pindah alam’ secara automatik,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI