fbpx

Jenazah mangsa samun selamat dikebumikan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH selamat dilebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang di Bera malam ini.

BERA – Jenazah Allahyarham Siti Zuliana Said, 52 yang meninggal dunia akibat dijerut dalam kejadian samun di rumahnya dekat Felda Mengkuang, Triang di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang kira-kira pukul 8.50 malam ini.

Jenazah yang dibawa dengan kenderaan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) tiba di rumah mangsa pada pukul 8 malam selepas dimandikan dan dikafankan di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Ketibaan jenazah disambut dengan suasana sedih ahli keluarga terdekat termasuk suaminya, Mohd. Haris Ibrahim, 60 serta sahabat handai arwah yang tiba di sini sejak semalam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kejadian samun kira-kira pukul 6 pagi semalam yang menyaksikan Siti Zuliana dijerut dengan pengecas telefon oleh seorang lelaki.

Suspek berjaya melarikan barang kemas milik mangsa, wang tunai RM6,000 serta sebuah kereta jenis Honda City milik suami mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI