fbpx

JAS temui petunjuk baharu pencemaran Sungai Chandong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong IBC berisi pelbagai buangan industri yang ditemui di premis tersebut

SHAH ALAM – Misteri pencemaran Sungai Chandong Pulau Indah minggu lalu menemui petunjuk baharu susulan penahanan lori tangki di sebuah premis di Pelabuhan Klang dekat sini semalam.

Penemuan lori tangki itu hasil serbuan hampir empat jam bermula pukul 6.30 petang di premis yang turut dijadikan pusat pengumpulan buangan terjadual tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sebanyak 100 tong Intermediate Bulk Container (IBC) berisi pelbagai buangan seperti buangan cat, buangan dakwat, asid terpakai dan minyak hitam terpakai.

Selain itu, katanya, pihak JAS menemui kesan-kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian atas lori tangki.

“Beberapa sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi analisis kimia komposisi buangan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 34B, 34A, Seksyen 18 dan Sekysen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 kini tertumpu kepada pemilik premis dan pengendali haram yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan rekod sebanyak 14 buah premis sekitar Klang dan daerah ini telah digempur pegawai JAS namun tidak menemui kegiatan yang mencurigakan sejak kejadian 29 Jun lalu.

“Dengan penemuan terbaru ini, pihak JAS percaya misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong hampir menemui jawapannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI