fbpx

Arab Saudi sediakan RM23 bilion bantu rakyat hadapi kenaikan harga barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mohammed bin Salman mempengerusikan mesyuarat Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan di Jeddah. – SPA

JEDDAH – Raja Salman meluluskan peruntukan berjumlah SAR20 bilion (RM23.5 bilion) bagi membantu rakyat Arab Saudi mengurangkan impak akibat kenaikan harga barang, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Separuh daripada peruntukan tersebut akan disalurkan kepada penerima insurans sosial dan Program Akaun Rakyat Arab Saudi.

Terdahulu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menekankan mengenai keperluan untuk membantu golongan yang pa­ling memerlukan ketika harga sebilangan barangan keperluan melambung tinggi.

Putera Mohammad juga mahukan kementerian dan agensi kerajaan Arab Saudi sentiasa memantau perkembangan an­tarabangsa, lapor Agensi Berita Saudi Press(SPA).

Ini termasuk isu berkaitan rangkaian bekalan makanan, pasaran, ketersediaan produk dan kadar harga di samping menggalakkan persaingan sihat serta membanteras amalan monopoli.

Dalam mesyuarat yang sama, jawatankuasa berkenaan turut meneliti beberapa isu ekonomi dan pembangunan.

Beberapa kementerian se­perti perdagangan, alam sekitar, air dan pertanian serta ekonomi turut melakukan pembentangan mengenai kadar harga produk yang berbeza di negara itu.

Kadar inflasi tahunan pengguna di Arab Saudi menurun kepada 2.2 peratus pada Mei lalu berbanding 2.3 peratus pada April 2022, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Am Perangkaan.

Penurunan kadar inflasi itu sebahagian besarnya didorong oleh kemerosotan pertumbuhan dalam pelbagai jenis bara­ngan, pengangkutan dan harga produk termasuk pakaian serta kasut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI