fbpx
AKSI manis pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah yang menarik perhatian peminat.

Comel sokongan Fazura buat si ‘Awang’ Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK filem Mat Kilau ditayangkan, jutaan pujian diberikan kepada nashkah arahan Syamsul Yusof itu.

Para pelakonnya juga tidak terlepas daripada meraih pujian sama dan antara yang paling mendapat perhatian ramai ialah Fattah Amin yang diberi jolokan Hawkeye Melayu.

Daripada sering digelar pelakon kayu, kini namanya dijulang sehingga sohor kini dalam media sosial.

Gelagat isterinya, Fazura yang memanggilnya dengan nama Awang iaitu wataknya dalam Mat Kilau turut mencuri perhatian umum.

Kata netizen, Fattah beruntung ke­rana memiliki seorang isteri yang sangat menyokong kerjayanya.

“Nakal sungguh Fazura mengusik suaminya dengan nama Awang. Lucu melihat Fattah yang malu-malu,” komen netizen.

Rasa-rasanya bukan Fazura sahaja, satu Malaysia kini memanggil Fattah dengan nama Awang. Syabas!

MIZZ LAHAR: Nak tengok Mat Kilau juga, dengarnya ada yang kata macam tengok KL Gangster versi epik, betul ke?

POPULAR