fbpx

56 ditahan kes rasuah, tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharom (lima dari kanan) memegang sepanduk Kami Sepakat Tolak Rasuah pada majlis penutup Program Kedah Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI –  Seramai 56 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah atas kesalahan berkaitan rasuah dan tuntutan palsu bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, jumlah itu membabitkan tujuh penjawat awam, 43 pekerja swasta dan enam orang awam.

“Setakat hari ini, SPRM Kedah menerima 142 maklumat mengenai kesalahan berkaitan rasuah dan selepas siasatan dilakukan kita membuka sebanyak 38 kertas siasatan.

“Kita juga telah membuat 22 pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan dokumen sebagai tulen, Seksyen 17b Akta SPRM 2009 memberi suapan kepada ejen dan Seksyen 165 KK melibatkan pegawai awam menerima barang berharga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Kedah Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di sini hari ini.

Katanya, kesalahan lain yang telah dituduh merangkumi Seksyen 17a Akta SPRM 2009 iaitu setuju terima suapan, Seksyen 470 KK memalsukan dokumen dan Seksyen 214 kanun sama iaitu menawar atau memulangkan harta untuk melepaskan pesalah.

“Daripada keseluruhan kes yang dituduh, dua daripadanya membabitkan pegawai awam yang terdiri daripada golongan profesional manakala tiga merupakan kakitangan sokongan.

“Kita turut menyita dan membekukan harta berjumlah RM700,000 membabitkan barangan berharga dan tanah serta melucut hak wang tunai berjumlah RM500,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI