fbpx

2,605 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan kepada 2,605 kes berbanding 2,025 kes kelmarin dengan tiga kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,525,431 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,633 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,498,711 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam dengan 865 kes dilaporkan diikuti oleh Selangor (730), Sabah (163), Perak (152), Pulau Pinang (138) dan Negeri Sembilan (105).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Melaka (102), Kedah dan Putrajaya (masing-masing 57), Pahang (56), Sarawak (53), Kelantan (24), Terengganu (23), Perlis (lapan) dan Labuan (enam),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,763 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini 7,586 kes.

Setakat ini, sebanyak 27,465 kes dikuarantin di rumah, 22 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,187 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 24 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI