fbpx

Ronald Koeman terus kritik Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN (dua dari kiri) menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan pihak pengurusan Barcelona gagal menerima perubahan yang cuba dilakukannya. – AFP

BARCELONA – Selepas menghamburkan kritikan mengenai pengurusan kelab di bawah pimpinan Joan Laporta, bekas pengendali Barcelona, Ronald Koeman juga mendakwa pasukan itu kini terperangkap dengan sejarah sendiri.

Pengurus dari Belanda itu menyifatkan permainan bola sepak masa kini sudah banyak be­r­u­bah dan ia langsung tidak se­iring dengan identiti yang sedang dipersembahkan oleh Barcelona.

Koeman turut mendakwa Laporta memberikan tekanan yang tidak perlu kepadanya sebelum bertindak memecat dan digantikan dengan bekas pemain, Xavi.

Menerusi satu temu bual, Koeman juga mengatakan adalah sesuatu yang tidak praktikal untuk sesebuah kelab mengabaikan perubahan bola sepak dan tampil mempertahankan pendekatan digunakannya sepanjang bertugas sebagai jurulatih Barcelona.

“Saya lebih selesa dengan pendekatan me­nguasai permainan. Jika kamu bermain dengan tiga pemain pertahanan tengah, kami tidak boleh dianggap sebagai menggunakan sistem bertahan. Saya percaya jika kami mempraktiknya perubahan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan, kami mampu bermain dengan baik.

“Bola sepak sudah berubah dan sekarang ia dimainkan de­ngan lebih laju dan menjurus kepada permainan fizikal. Kamu tidak boleh hidup dengan masa lalu,” katanya.

Sementara itu, Presiden La Liga, Javier Tebas tampil memberikan pandangan dan berharap Barcelona mampu melengkapkan perpindahan bintang sensasi, Robert Lewandowski dari Bayern Munich.

“Saya harap Lewandowski akan bermain untuk Barcelona dan mengharungi kempen yang hebat. Dia adalah legenda Ba­yern Munich dan bola sepak di Eropah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI