fbpx

Jendela perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilaporkan diberikan tawaran paling lumayan £250 juta (RM1.31 bilion) untuk menamatkan kerjayanya di Arab Saudi. - AFP

CRISTIANO RONALDO

BINTANG Manchester United ini dilaporkan menolak tawaran perpindahan menyertai pasukan milik David Beckham, Inter Miami dan mahu kekal di Old Trafford. Ronaldo dilaporkan bakal dilantik sebagai kapten pasukan oleh pengurus baharu, Erik Ten Hag.

 

DIVOCK ORIGI

PENYERANG Liverpool ini tiba di Itali untuk melengkapkan perpindahannya ke AC Milan. Origi, 27, menghabiskan tempoh tujuh tahun kariernya di Anfield dan hanya beraksi sebanyak tujuh kali pada saingan liga musim lalu ketika kontraknya memasuki tahun terakhir.

DECLAN RICE

WEST Ham United kekal dengan pendirian mereka untuk tidak menjual pemain tonggaknya ini dan masih berusaha untuk memujuk Rice menandatangani kontrak baharu. The Hammers sebelum ini enggan mengadakan rundingan sekiranya tawaran diterima kurang daripada £150 juta (RM809.81 juta).

SVEN BOTMAN

NEWCASTLE United dilaporkan bakal melengkapkan pemain pertahanan ini selepas setuju dengan nilai perpindahan bernilai £32 juta (RM172.76 juta). Botman tiba di Tyneside kelmarin untuk menjalani ujian perubatan sebelum proses menandatangani kontrak.


CHEICK DOUCOURE

CRYSTAL Palace semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lens ini. Skuad kendalian Patrick Vieira itu sudah bersetuju dengan nilai perpindahan bernilai £18 juta (RM97.18 juta) dan bonus sebanyak £4.3 juta (RM23.21 juta).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI