fbpx
Hardbattle mula menjadi posmen ketika berusia 15 tahun. – SWNS

Posmen Britain paling lama berkhidmat bersara usia 74 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang warga emas di Britain yang  berkhidmat sebagai posmen selama 59 tahun akhir­nya membuat keputusan bersara pada usia 74 tahun, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Jim Hardbattle mula bekerja sebagai posmen pada Mei 1963 ketika berusia 15 tahun.

Menurutnya, ketika itu, dia menghantar telegram dan surat dengan menunggang motosikal model BSA Bantam 125cc.

Pada usia 18 tahun pula, dia memulakan tugas di sebuah  pejabat pos utama di Britain.

“Anda perlu sentiasa kelihatan kemas dan bergaya. Saya me­lakukan tugas menyusun surat di pejabat pos utama itu tidak lama  sebelum menyertai khidmat penghantaran menggunakan van,” katanya.

Hardbattle masih  boleh memandu sejauh 88 kilometer sehari untuk membuat penghantaran, namun dia  kini dibantu teknologi semasa  seperti pengimbas semasa berkerja.

Pekerja itu yang bersara Julai ini berkata, dia akan merindui  rakan-rakan sekerjanya.

“Saya berasa gembira melakukan kerja ini dan dibayar dengan gaji yang amat munasabah. Memang ada masanya saya perlu melakukan kerja lebih masa, namun kerja keras tidak akan membunuh kita,” jelasnya.

Sementara itu, syarikat Royal Mail berkata, perkhidmatan selama 59 tahun Hardbattle adalah pencapaian yang hebat.

“Kami berterima kasih kepada Hardbattle atas perkhidmatannya selama hampir enam dekad kepada syarikat dan pelanggan,” katanya. – Agensi 

 

POPULAR