fbpx

Pemuda menyamar posmen tipu mangsa RM97,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa berdepan kerugian RM97,000, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, menerusi risikan dan maklumat awam, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di negeri ini, Khamis lalu oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya.

Katanya, suspek dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis menerusi dalam talian.

“Mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke tiga akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM97,000,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Dalam perkembangan lain, katanya, polis menahan empat lelaki berusia antara 23 tahun hingga 37 tahun di lokasi yang berasingan di sekitar Bayan Baru kerana disyaki positif dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamines dan ketamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI