fbpx

Manchester United enggan terima idea Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE cuba dimasukkan sebagai sebahagian perjanjian perpindahan De Jong oleh Barcelona. – AGENSI

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan menyekat percubaan Barcelona untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan mereka, Harry Maguire yang mahu dijadikan sebahagian daripada terma perpindahan Frenkie De Jong.

United sedia membuat bayaran tunai bernilai £55 juta (RM297.44 juta) untuk mendapatkan De Jong, namun proses rundingan kini berkisar mengenai bayaran-bayaran tambahan lain yang menyebabkan harga perpindahan mampu meningkat sehingga £68 juta (RM367.75 juta).

Terdapat satu laporan menyebut bahawa Barcelona hadir dengan idea untuk menjadikan Maguire sebagai salah satu terma perpindahan De Jong, namun pengurus baharu United, Erik Ten Hag menyatakan secara jelas bahawa enggan melepaskannya.

De Jong ketika ini menjadi sasaran utama United ketika pemain tersebut juga pernah memiliki pengalaman bekerja bersama-sama Ten Hag ketika di Ajax selain dia dianggap mampu memberikan impak.

Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi pula dilaporkan terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu selepas Gerard Pique berdepan isu kecederaan berulang sementara Samuel Umtiti bakal meninggalkan Camp Nou.

The Catalans menganggap, gaya permainan Maguire adalah sesuai untuk pasukan itu dan memerlukan khidmat pemain pertahanan England berkenaan.

Maguire menerima kritikan hebat musim lalu apabila dianggap sebagai pe­nyumbang kejatuhan prestasi United selepas mempamerkan aksi yang teruk.

Bagaimanapun, dia dalam kenyataan sebelum ini menyatakan secara jelas untuk kekal di Old Trafford dan membuktikan kepada Ten Hag bahawa dia masih seorang pemain pertahanan terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI