fbpx

Kelibat lelaki cuba pecah masuk rumah dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dirakam cuba memasuki rumah mangsa di Taman Bukit Cheras, semalam.

PETALING JAYA – Tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian pecah rumah yang didakwa berlaku di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna di Twitter, dia memberitahu, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 5.47 petang.

Rakaman CCTV tersebut menunjukkan kelibat seorang lelaki menunggang motosikal yang cuba membuka cermin pintu gelangsar rumah berkenaan ketika penghuni sedang bekerja.

“Aku pelik sebab sliding door (pintu gelangsar) itu tidak pernah digunakan. Check CCTV ada orang cuba pecah masuk rumah aku,” ciapnya.

Pengguna tersebut turut mendapati nombor pendaftaran motosikal penceroboh terbabit dipercayai adalah nombor yang didaftarkan atas sebuah kereta jenis Toyota.

Namun, penceroboh itu berjaya melarikan diri selepas ternampak satu CCTV yang terdapat di rumah berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut yang rata-ratanya meminta agar pemilik rumah itu sentiasa berhati-hati.

“Pintu pagar kena sentiasa mangga. Tak kira siang atau malam walaupun ada orang di rumah. Lebih selamat. Orang macam ini hati kering, kita kena selalu berjaga,” pesan @Cptsan9

“Nampak dia tenang macam dah biasa buat. Nombor plat palsu mungkin itu motor curi,” komen Zachaira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI