fbpx

‘Anugerah jadi pemangkin semangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 388 staf PPK MADA dihargai dalam satu majlis makan malam di Alor Setar, kelmarin.

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menghargai peranan dan pengorbanan 388 pegawai dan kakitangannya pada Majlis Segantang Budi sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di sini kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 39 kakitangan turut menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi menghargai usaha mereka dalam memacu peladang menjadi lebih progresif serta berdaya saing.

Penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Khas Pendaftar 2021, Noor Azizi Baharom, 57, berkata, dia terharu dan tidak menyangka akan dihargai setelah lebih 31 tahun berkhidmat.

“Jujurnya saya terkejut kerana dihargai sebegini rupa. Sepanjang 31 tahun berkhidmat, kami tidak mengharapkan balasan berlebihan kerana niat hanyalah untuk mencari rezeki.

“Saya berterima kasih kepada pihak PPK MADA yang menunjukkan penghargaan ini,” katanya.

Dia yang juga Pembantu Tadbir Pekerja Kontrak di PPK MADA B1 Kayang di Perlis itu turut menerima anugerah Pembantu Tadbir Projek Kontrak Terbaik dan Anugerah Setia PPK daripada Wakil Pendaftar PPK MADA, Kamarudin Dahuli yang juga Pengurus Besar MADA.

Lebih 10 anugerah disampaikan pada majlis itu antaranya juruwang terbaik, pembantu tadbir akaun terbaik, pemandu terbaik, pekerja am terbaik dan pembantu tadbir akaun terbaik.

Kakitangan PPK MADA, Mohd. Ariff Othman menerima Anugerah Pemandu Terbaik pada Majlis Malam Segantang Budi sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan PPK MADA di sebuah hotel di sini kelmarin.

Dalam pada itu, penerima Anugerah Penyelenggara Stor Terbaik, Mohd. Razif Abd. Rashid, 38, berkata, penganjuran majlis seperti itu jelas membuktikan PPK MADA tidak melupakan pekerja yang menyumbang bakti demi kebajikan petani.

“Bekerja di PPK ini ­banyak cabarannya kerana kita ber­depan dengan pelbagai ragam manusia serta isu, namun seronok apabila berjaya membantu golongan petani.

“Anugerah ini menjadi pe­mang­kin semangat untuk kami be­kerja bersungguh-sungguh.

“Ini merupakan kali pertama majlis sebegini diadakan dan kami masing-masing sangat gembira dengan usaha ditunjukkan pihak penganjur,” ujarnya.

Antara peranan 27 PPK MADA di Kedah dan Perlis adalah mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di kawasan Muda yang mencecah 72 peratus pada tahun 1966 iaitu sebelum tertubuhnya PPK dalam kawasan MADA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI