fbpx
Makhluk itu dikenal pasti sebagai berasal daripada kumpulan teritip Gooseneck. - Daily Post Wales

Wanita temui hidupan laut mirip makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu makhluk aneh yang dikatakan memiliki rupa seperti makhluk asing telah ditemui di pesisir sebuah pantai di Britain, lapor akhbar Metro UK.

Makhluk tersebut ditemui di pantai Bennar, berhampiran di Gwynedd, Wales Utara.

Seorang wanita bernama Shell Longmore, yang sering melawat pantai berkenaan menyiarkan imej makhluk tersebut di Facebook ketika cuba mengetahui jenis hidupan yang ditemuinya.

Status Longmore menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial memberi komen bahawa makhluk itu bagaikan mimpi ngeri yang menjadi nyata.

“Saya fikir saya telah melihat semua hidupan liar tempatan sehingga saya menemui makhluk ini.

“Ia adalah makhluk yang kelihatan pelik tetapi sangat cantik,” kata Longmore.

Dengan mempunyai cakar seperti cangkerang, makhluk itu dikenal pasti sebagai berasal daripada kumpulan teritip atau siput laut Gooseneck.

Dianggap sebagai amat hodoh, ia sebenarnya dijadikan hidangan istimewa yang jarang ditemui, dikenali sebagai ‘percebes’ dengan rasa daging yang manis dan masin. – Agensi

POPULAR