fbpx

Tsunami filem Melayu, Mat Kilau raih RM3 juta kutipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Mat Kilau menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Johan As'ari dan pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian.

PETALING JAYA – Filem epik Melayu arahan pengarah Syamsul Yusof, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan panggung hampir RM3 juta selepas dua hari tayangan.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof menzahirkan keterujaan apabila filem terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions tersebut terus mencipta magis di panggung biarpun diberi saingan hebat filem luar negara termasuk dari Hollywood.

“Alhamdulillah untuk segala-galanya. Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dengan itu, kita harus berbangga.

“Tahniah buat semua pasukan produksi saya. Kun Fayakun, tsunami filem Melayu,” coretnya menerusi hantaran status terbaharu dalam Instagram.

Pada hari kedua tayangan, filem yang menelan menelan kos belanja RM8 juta tersebut menambah kutipan pawagam sebanyak RM1.8 juta.

Terdahulu, filem yang diterajui barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Fattah Amin dan Beto Kusyairy itu meraih kutipan luar biasa di pawagam tempatan iaitu RM1 juta hanya pada hari pertama tayangan.

Sehingga kini, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kekal unggul di tangga pertama carta filem pecah panggung GSC mengatasi karya-karya luar negara seperti Top Gun Maverick, The Black Phone, Elvis dan Vikram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI