fbpx

Ramai berang padang sekolah dipenuhi najis lembu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan padang sekolah berkenaan yang dipenuhi najis lembu.

PETALING JAYA – Tular di laman Twitter sebuah padang sekolah dipercayai di Temerloh yang dipenuhi dengan najis lembu sehingga menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada penghuni di sekolah itu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik MalaysiaViral, difahamkan pelajar sekolah terbabit tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti sukan disebabkan padang sekolah mereka yang berbau busuk.

Menurut pemilik video itu, dia memberitahu kawasan tersebut sudah terbiar sejak enam bulan lalu.

Tindakan pemilik ternakan terbabit dianggap keterlaluan kerana membiarkan lembu-lembu tersebut dan menyusahkan ramai pihak terutamanya pelajar sekolah.

Rata-rata pengguna media sosial turut memohon pemilik haiwan ternakan itu bertanggungjawab dengan meletakkan haiwan berkenaan di tempat yang sepatutnya.

Malah, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang turut marah dengan tindakan penternak terbabit.

“Boleh laporkan pada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Veterinar. Kedua-dua agensi ini mengawal lembu yang terbiar,” cadang Farhan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI