fbpx

Lelaki, anak tiri didakwa tipu jual beli sarung tangan lebih RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tusri (kiri) dan Megat Akhimullah Faliq (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

KUALA LUMPUR – Sorang lelaki dan anak tiri lelakinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam urusan jual beli sarung tangan berjumlah RM756,250 dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Ahmad Tusri Mohd. Yunus, 66, dan anak tiri lelakinya Megat Akhimullah Faliq Megat Khaironnashiin, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Kamarudin kamsun.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa telah memperdaya dua individu dengan menawarkan pembekalan sarung tangan jenis Nitrile yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa untuk memindahkan wang berjumlah RM756,250 ke dalam akaun bank tertuduh.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd. Apandi menawarkan jaminan berjumlah RM100,000 setiap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI