fbpx

Honey Lee dapat anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONEY LEE

DEBARAN pelakon Honey Lee dan suami menunggu kelahiran benih cinta mereka berakhirnya sebuah kisah yang indah.

Mereka selamat menimang cahaya mata, seorang anak perempuan mereka beberapa hari lalu.

Berita gembira tersebut turut disahkan agensinya, Saram Entertainment menerusi satu kenyataan dalam media sosial rasmi mereka.

“Kami ingin memaklumkan bahawa pelakon Honey Lee telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di sebuah hospital di Seoul.

“Ibu dan anak perempuannya kini dalam keadaan sihat dan mereka semakin pulih bawah jagaan ahli keluarga.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan tahniah.

“Tidak dilupakan juga buat semua yang mendoakan dan mengirimkan ucapan serta hadiah kepada pasangan ini,” tulis mereka.

Terdahulu, pada Disember lalu, Honey Lee atau nama sebenarnya Lee Ha-nee, 38, berkahwin dengan teman lelakinya yang bukan dalam kalangan selebriti.

Berlangsung dalam norma baharu, perkahwinan mereka berjalan ringkas di Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI