fbpx

Flat Seri Berembang tidak selamat, 500 penduduk diminta berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (tiga kanan) ketika sesi pertemuan dengan penduduk Flat Sri Berembang di Pelabuhan Klang, malam tadi

KLANG – Kira-kira 500 penduduk Flat Seri Berembang, Pelabuhan Klang di sini diminta berpindah selepas kediaman tersebut tidak selamat diduduki ekoran retak dan kerosakan struktur asas bangunan itu.

Ini melibatkan 304 unit rumah di blok A, B dan C daripada empat blok keseluruhan di flat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, status tidak selamat itu dikeluarkan oleh pihak konsultan yang menjalanlkan pemeriksaan terhadap tiga blok flat itu selama lapan bulan.

“Setelah dimaklumkan oleh pihak konsultan petang semalam, saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan penduduk flat malam ini.

“Saya telah minta Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengeluarkan notis arahan mengosongkan bangunan untuk flat tersebut pada esok (hari ini),” katanya pada perjumpaan dengan penduduk Flat Sri Berembang di Pelabuhan Klang, malam tadi.

Menurut beliau, kerajaan negeri menawarkan untuk memberi setiap pemilik rumah RM42,000 dengan peruntukan berjumlah RM13 juta untuk dijadikan kos menyewa rumah baharu.

Bagaimanapun ujarnya, majoriti penduduk menolak tawaran tersebut walaupun flat tersebut bukan di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri.

“Apapun, saya harap penduduk segera berpindah kerana khuatir insiden yang tidak diingini berlaku.

“Saya juga telah menghubungi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanyakan mengenai janji mantan Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mahu membina sebuah flat baharu bernilai RM50 juta bagi penduduk Flat Sri Berembang, baru-baru ini.

“Namun, Menteri KPKT terkini, Datuk Seri Reezal Naina Merican memaklumkan bahawa tidak ada keputusan yang dibuat pihak kementerian berhubung perkara terbabit,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI