fbpx
Kain rentang yang diletakkan di hadapan sebuah kedai sarapan pagi di Taiwan kini tular. - Mothership

Pelanggan tidak dilayan jika panggil pemilik kedai makan ‘mak cik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI – Sebuah kedai menjual  sarapan pagi di Taiwan memasang kain rentang yang memaklumkan bahawa pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas dilarang memanggil pemilik kedai itu dengan panggilan ‘mak cik’, lapor portal berita Mothership hari ini.

Gambar kain rentang itu diletakkan dalam kumpulan sembang Facebook Komune Baofei pada 20 Jun lalu.

Gambar itu dirakam oleh seorang individu yang kebetulan singgah di kedai berkenaan di Bandar Taoyuan untuk membeli makanan.

“Makcik, saya ingin memesan sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk,” kata pelanggan tersebut.

Namun, permintaannya tidak diendahkan dan ia mengelirukan pelanggan terbabit.

Seorang pelanggan lain yang duduk di sebelahnya menunjukkan kain rentang yang tergantung di pintu masuk hadapan.

Kain rentang itu tertera kenyataan bermaksud: “Bagi memastikan standard makanan yang dihidang memuaskan, mereka (pelanggan) yang berumur 18 tahun ke atas tidak dibenarkan memanggil tuan kedai dengan panggilan ‘Mak Cik’.”

Setelah mengambil perhatian tentang kain rentang itu, pelanggan berkenaan menyebut  semula permintaannya.

“Bos wanita yang cantik, saya ingin sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk.”

Permintaan tersebut akhirnya mendapat perhatian pemilik kedai dan dibalas dengan jawapan

‘Kain rentang itu dibuat untuk orang seperti anda.’ – Agensi

POPULAR