fbpx

Jalan mendap: Laluan Repah-Air Mawang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan utama Repah, Tampin ke Air Mawang, Kuala Pilah ditutup sepenuhnya bermula pagi tadi susulan jalan mendap berhampiran jambatan di Kampung Sri Repah dikesan di laluan tersebut. - FOTO: IHSAN POLIS

TAMPIN – Laluan utama Repah, Tampin ke Air Mawang, Kuala Pilah ditutup sepenuhnya bermula pagi tadi susulan jalan mendap berhampiran jambatan di Kampung Sri Repah dikesan di laluan tersebut.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, penutupan sepenuhnya dari sebarang jenis kenderaan berkenaan adalah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Justeru itu menurutnya, pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif iaitu bagi kenderaan dari arah Gemas atau Segamat dinasihatkan menggunakan jalan Ulu Yoh (Taman Desa Permai) menghala ke Jalan Air Mawang untuk ke Kuala Pilah.

“Begitu juga bagi kenderaan dari arah Melaka atau Johor dinasihatkan menggunakan jalan yang sama iaitu Jalan Ulu Yoh untuk ke Kuala Pilah.

“Semua kenderaan tidak dibenarkan melalui laluan yang ditutup berkenaan sehingga diberitahu oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) jalan berkenaan selamat untuk dilalui,”, katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI