fbpx

27 pasukan sertai A Ligue M5 Amisi Physio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YUSOFF (tengah) merasmikan perlawanan pertama A Ligue M5 Amisi Physio pada Ahad lalu.

PETALING JAYA – Sebanyak 27 pasukan dari Lembah Klang akan bersaing dalam saingan A Ligue M5 Amisi Physio bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 dan menempah slot ke Liga M4 musim hadapan.

Penganjur kejohanan, Shilachi Rizal berkata, format pertandingan A Ligue M5 Amisi Physio ialah liga empat kumpulan dengan johan dan naib johan kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata, kejohanan yang bermula pada Ahad lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang merupakan Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

SHILACHI (kiri) dan Mohd. Yusoff (tengah) bersama barisan penaja A Ligue M5 Amisi Physio.

“A Ligue M5 Amisi Physio ini berlangsung sehingga Oktober depan dengan perlawanan pada setiap hari Ahad, semua pasukan bertanding berpeluang untuk merebut hadiah wang tunai dan slot ke Liga M4.

“Kejohanan yang diuruskan A-Ligue Sports Industry ini turut mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS),” katanya.

Menurut Shilachi, dia berterima kasih kepada Kumpulan Perubatan Amisi yang tampil selaku penaja utama kejohanan sekali gus dapat merealisasikan penganjuran A Ligue M5 Amisi Physio musim ini.

“Ini adalah permulaan terbaik bagi kami selaku penganjur untuk memastikan liga bola sepak amatur terus berkembang dan diserikan dengan pelbagai kejohanan-kejohanan di peringkat akar umbi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI